Owner
Thanks for visit my blog. I'm Niena . Follow my blog . I'll follow you back . :3 Kamsa ! ^^ -Kpoppers- Talk Talk!
Put your link, not email. No harsh word. If you want to exchange link, tell me on chatbox. and be nice :) Baek's
I love him ! Credits!
Template by: Dinda NoviaIcon by: Applepine Tutobies by: ♥ ♥ |
Esok Ambik Result PMR !!~
Assalammualaikum and Annyeonghaseyo ! ok . aku mengaku . aku agak jarang update blog aku . sepanjang cuti nihh aku sibuk sikit . Almaklumlah , nak kena buat keja2 rumah , jaga adik , buat itu , buat ini . macam2 nak kena buat . Aku bukan macam remaja yang lain . Keja aku just duduk terperuk kat dalam rumah . Fed up aku dibuatnya . -_-'
Oh yeah ~ pejam celik pejam celik , dah nak ambik result pmr dah . Pehhh ! ketaq lutut ! Teringat masa sebelum nak ambik pmr . Masa tengah sibuk buat kertas2 soalan percubaan dari negeri lain . Aku pernah nangis sebab markah sains aku semakin lama semakin menurun . Aku jenis yang tak boleh nak tahan sebak .
Cepat menangis kekadang tu . Masa tuu , aku rasa dah give up tahap gaban . So then , aku dengan kengkawan aku pergi jumpa cikgu kaunselor . Cikgu kaunselor kami pun bagi kata2 semangat dan dorongan kat aku dengan kawan2 aku . Barulah aku rasa bersemangat sikit lepas dengar apa yang cikgu kaunselor tu cakap . Kalau tak , tak bersemangatlah aku nak menjawab soalan pmr . Sebelum dekat pmr , tak nak belajar betul2 . Keja main je . Tu la budak2 kelas aku . Bukan diorang je , aku pun sama . Tak serius langsung ! Asyik melayan KPOP jee . Dah nak dekat pmr , barulah kalut nak bukak buku . Hurmm . Lupakan ~~ *menangis seketika*
Esok iaitu 19 /12/ 2012 , merupakan hari yang menakutkan bagi aku . Keputusan Pmr akan diumumkan selepas jam 11.00 pagi . argghhh ! mamposs ! Berapa laa yang aku dapat erk ? huh . Aku hanya mampu berdoa dan bertawakal kepada Allah . Kengkawan aku sampai bermimpi2 ambik result pmr . Yang aku pulak , sebelum tido keja menangis tak habis2 . Takut punya pasal . Nihh baru PMR . Belum lagi SPM .
Haishh . Terseksa aku dibuatnya ~ TT_TT sobs sobs ~~
Aku ada 2 orang sepupu yang sama umo dengan aku . Sorang lelaki , sorang lagi perempuan . Masa UPSR , sepupu aku yang perempuan sama dengan aku dapat 3A 2B . Aku pulak 3A 1B 1C . Dia potong aku sikit je !~ Yang lelaki tuu , aku tak pasti sangat berapa dia dapat . And now , i have to fight again with them . Esok memang banyak la family2 yang lain call sebab nak tau aku dapat berapa dalam pmr . Humhum ~
Target aku --> 5A je . Tak banyak pun . Kalau aku dapat capai target aku tuu , parents aku akan hadiahkan aku Samsung Galaxy Player . (Handphone yang paling aku nak !!) If aku dapat 8A , ayah aku belikan Samsung Galaxy Note ii kat aku ! *0*' Ferhh ! aku bukan nak sangat guna samsung galaxy note ii tu pun . Canggih sangat tu . Aku bukan pandai pakai handset yang canggih2 nih .
Aku tak naklah susahkan parents aku untuk beli hadiah yang mahal2 tuu . Cukuplah sekadar doa untuk aku berjaya . Kalau parents aku hepi dengan result aku , aku pun akan hepi jugak . :')
Akhir kata , semoga semua pelajar pmr 2012 memperoleh kejayaan masing-masing . Aminn ! :')
p/s : Tuntutlah ilmu sebaik-baiknya . ^^
|